Pengembaraan bermula


Lepas dapat keputusan SPM, isi UPU sama seperti semua pelajar lain. 

Dalam semua 8 pilihan yang dibuat, saya dapat tawaran ke UNIMAS, Sarawak. Agak jauh daripada keluarga. Jadinya, ayah tak izinkan. Tambahan pula, jurusan yang diberikan memang akan menyebabkan saya bakal berada di Sarawak untuk jangka masa yang lama sebab lepas habis asasi di UNIMAS pasti kena sambung degree pulak di sana. 

Jadinya, marilah kita memilih universiti swasta yang ada di semenanjung ye. Nak buat rayuan semula UPU, memang terima kasih jelah. Cita-cita nak masuk asasi sains perubatan. Malangnya, SPM cukup-cukup je. Keputusan SPM 8A 2B 1C..Alhamdulillah, syukur tapi rasa macam tak cukup layak untuk jadi pelajar asasi.

Pilihan ayah untuk universiti swasta ialah UNIKL. Isi borang di website UniKL dan dia akan tawarkan 3 pilihan. Antara 3 pilihan yang dibuat, saya dapat tawaran untuk Diploma Pembantu Perubatan. Sebenarnya, dia dlm bahasa inggeris. Diploma in Medical Assisstant. Jurusan apa tu? What is that?

Bila tanya cikgu, cikgu bgtau tak payah ambil jurusan yang ada perkataan 'assisstant' ni. Tak meyakinkan. Ramai cikgu mengesyorkan untuk ambil Asasi sebab jangka masa dia pendek. Cikgu pun nampak tak meyakinkan.Hehe..maafkan saya,Cikgu.(P/S: hari ni hari guru. Waktu2 Covid ni..video conference je sambut hari guru. Rasa tak seperti berada di masa hadapan di mana semua online sahaja?ahahah)

Akhirnya, selepas berbincang dengan ayah, ayah menetapkan pergilah ke UniKL. Ikut jelah cakap ayah. Berkat tu penting, guys. Belajar tinggi mana pun, kalau tak berkat hidup tu, tak akan ke mana dik...

UniKL MESTECH? dekat mana tu geng? DIPLOMA IN MEDICAL ASSISTANT? course ape ni?

Britain's favourite emojis revealed | Daily Mail Online



Comments

Popular posts from this blog

About