Posts

Pengembaraan bermula

Lepas dapat keputusan SPM, isi UPU sama seperti semua pelajar lain.  Dalam semua 8 pilihan yang dibuat, saya dapat tawaran ke UNIMAS, Sarawak. Agak jauh daripada keluarga. Jadinya, ayah tak izinkan. Tambahan pula, jurusan yang diberikan memang akan menyebabkan saya bakal berada di Sarawak untuk jangka masa yang lama sebab lepas habis asasi di UNIMAS pasti kena sambung degree pulak di sana.  Jadinya, marilah kita memilih universiti swasta yang ada di semenanjung ye. Nak buat rayuan semula UPU, memang terima kasih jelah. Cita-cita nak masuk asasi sains perubatan. Malangnya, SPM cukup-cukup je. Keputusan SPM 8A 2B 1C..Alhamdulillah, syukur tapi rasa macam tak cukup layak untuk jadi pelajar asasi. Pilihan ayah untuk universiti swasta ialah UNIKL. Isi borang di website UniKL dan dia akan tawarkan 3 pilihan. Antara 3 pilihan yang dibuat, saya dapat tawaran untuk Diploma Pembantu Perubatan. Sebenarnya, dia dlm bahasa inggeris. Diploma in Medical Assisstant. Jurusan apa tu? What is that? Bila

About

Image
Nama: Ainul Mutheerah Tahun lahir: 1999 Asal: Perak Dalam blog ini, saya ingin berkongsi mengenai pelajaran dan pengalaman yang saya perolehi semasa melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma. Bukan mudah kita nak melalui proses dari seorang remaja menjadi dewasa. Agak mencabar tetapi sebagai seorang budak yang sukakan cabaran dan pantang dicabar, apa- apa pun boleh dilakukan. Yakin pada diri dan yakin dengan takdir yang ALLAH dah tentukan. Saya akan berkongsi mengenai kehidupan seorang pelajar yang selalu dianggap 'adik' oleh semua kerana saya seorang yang 'petite' dalam bahasa sepanyol. Insya-ALLAH, dalam blog ini akan ada mengenai tips belajar, nota-nota saya yang tak seberapa, pengalaman sbg student MA dan mungkin sedikit pengalaman hidup atau motivasi. Mungkin.. Stay tuned for more.. Doakan supaya Covid-19 hilang..rindu nak belajar..dah lama jugak duduk dekat rumah ni..study lagi sikit nak habis..Planning untuk 2020 semua agak bercelaru. Apa yang bakal terjadi,m